Sunday, March 10, 2013

Resigning from MIT Academy


Suddenly on 8th March 2013, mendapat satu missed call daripada nombor yang x dikenali. Yang penting, nombor tue bukan nombor big boss.. Lol

Eden pun call balik nombor tue......

Its my student's number. And he asked : "Miss, ade x pinggan?"

I said : "Awk nak buat ape nie? Tetibe tanye pasal pinggan. "

He said : "Adelah miss, nanti miss datang kelas kitorg jam 12tengahari".

Eden hanye mampu tersenyum :)

Rupenye......................................



Simple one. Just a cake. Tapi dah membuatkan eden terharu. Jiwang lak haritu..haha..

Terime kasih dear students! Eden doakan kalian berjaya dunia dan akhirat, amiin....



Alhamdulillah, finally dah selamat resign daripada MIT Academy as Instructor/Project Implementer post.

Kekdg bila dah berlaku banyak major failure, diri sendiri dah tak larat nak fix it.

Ditambah dengan orang atasan yang tak mahu dengar nasihat orang untuk kepentingan kolej.

Let it be.

InsyaAllah, bakal bertukar position sebagai instructional designer pada 1 April. Moga Allah permudahkan urusan...



Sunday, December 9, 2012

Kerja

Alhamdulillah. Sekarang dah bekerja. Sebagai instructor di sebuah Kolej Kemahiran Swasta di Shah Alam..

Yup, gaji x delah macam gaji pensyarah, tapi bolehlaa..sementara tunggu panggilan dari U or kolej swasta lain (at least dah ade pengalaman, boleh demand gaji nanti..hehe)

Tapi hopefully dapat ler posting mane2.

Bukan x suka kerja sini, tapi memang x suka..hahaha :P

Kekadang bila kita bukak kolej/U swasta ni, BUKAN macam bukak syarikat engineering.
Kerana segala masalah pada management akan memberi kesan kepada pelajar.
Memang tiada organisasi yg perfect, tapi at least, utamakan student.
Jangan utamakan duit jer.. -_-

My quote:
"Pendidikan itu bukan suatu yang boleh diniagakan"

Mengajar 28jam seminggu, bukan sesuatu yang mudah.
Bila tanya pelajar, pelajar cakap diorg mmg x penah belajar.
Lecturer dah bertukar sebanyak 4 kali.
Nota x pernah ada. Kuiz/esemen lagi laa...
Sedangkan diorang dah nak habis sem..

Dalam hatiku : "Allah, ape yg berlaku nie?"
Setiap kali masuk kelas, pasti ade rase bersalah kat students.
:(

p/s : Moga Allah permudahkan urusanku dan beri aku kekuatan. Amiin... :(
       Tetibe teringat akan offer sv ku untuk sambung Phd.
       Sabar jelah wahai diri. U can do it!
       Tiap2 hari ingatkan diri : Allah takkan bagi ujian macam tue kalau kita x mampu........................

Saturday, September 15, 2012

Finally...

Alhamdulillah, finally dah habis my master's study..
Tunggu konvo bulan Oktober nie..

Actually, i'm not looking forward nak pegi konvo..
Mungkin sebab beberapa 'issues' yang tetibe terjadi..
Dan jalan penyelesaian yang dicadangkan tidak masuk dek akal..
Menyebabkan one of my friend tarik diri, eventough masa tue hanya tinggal 4 minggu sebelum pergi praktikal..
Apapun, insyaAllah, rezeki tetap ada..
Allah itu Maha Pemurah terhadap hambaNya..

2 tahun lepas...

A : Ya, lepasnie nak sambung master ke? Ke nk keje dulu?
Eden : InsyaAllah, sambung lagi.. kalau ada peluang sambung..

Harini..

B : Ya, nak sambung Phd lagi x? Dr.N dah offer tuh..
Eden : Penat. Mau keje dulu.. Bak kate lecturer eden, Phd : Permanent Head Damage..huhu..

Sekitar praktikal di KK Kuantan baru-baru ni..

Student SMK sedang siapkan wiring..Kelas nie sume mendengar kata..good2..

Pendawaian permukaan fasa tunggal..

Student di kelas Lukisan Elektrik. Selalu kene marah ngan eden.
Anda yg cari pasal dengan eden, so, eden pun cari pasal dengan anda.. :P


Terima kasih kepada pihak KK Kuantan atas layanan baik yang diberikan..
Sejak 2 bulan praktikal, rezeki dapat makan free mesti ada..huhu..
Semua lecturer teknologi elektrik best2..
Sporting..Lawak..Suka belanja kami..kuikuikui..
Tiap-tiap hari pergi kerja mesti tergelak2.. ;)

Feels like eden dah jadi agak perfectionist setelah 2 sem di'asah' untuk make things perfect oleh my sv..hmm

Teringat kata-kata my supervisor :
"Kene selalu buat yang terbaik dalam hidup kita. Apa awak buat dah ok, tapi saya mahukan yang terbaik dari awak.............. "

Status sekarang : Tanam anggur di rumah. 









Tuesday, July 31, 2012

Peranan guru..




Pakcik : Cik, pakcik x tau buat wiring. x de basic langsung. pakcik kurang puas hati dengan sistem kat sini. kalau boleh ajar dulu lebih detail, baru boleh buat bengkel.


Eden : Hmm.. memang sistem kat sini x tekankan teori. lebih praktikal. Saya masih baru lagi,pakcik.. Tapi saya memang terkejut dengan sistem kat sini..


Pakcik : Pakcik bukan ape, kesian tengok dekat budak2 muda dalam kelas ni, dapat kertas, terus buat lukisan pendawaian, lepastu pegi bengkel, buat wiring. Mereka blur2. Kalau boleh, belajar secara mendalam dulu, baru senang mereka nak buat bengkel.. Tengok macam cik ajar harini, sangat dalam. Kami boleh nampak apa yg berlaku. Sebelum ni belajar x dalam. Better lepasni buat macam ni jugak..


Eden : InsyaAllah, pakcik.. 

~Yup, aku bukan budak kemahiran, aku lebih kepada akademik..Lebih kepada teori..

 Mungkin ada sistem yang aku x tahu.. Tapi memang aku x puas hati dengan sistem di sini..

P&P jauh berbeza..
Yang paling aku x suka, mereka seolah-olah disisihkan dari belajar..

Apapun, guru yang menggerakkan pelajar...

Walau dimanapun mereka belajar..

Teringat kata2 Prof,
Kamu memang betul ke nak jadi guru? Berat tau tanggungjawab guru. Sebab nak mengubah manusia nie bukan senang. Kalau kamu jadi engineer, satu mesin rosak, boleh guna mesin lain.. Tapi kalau pelajar rosak, kamu nak gantikan dengan apa??


Sunday, July 22, 2012

Bereh..

Alhamdulillah, done with my thesis...


Buat masa sekarang, perlu bertungkus-lumus untuk menamatkan praktikal dengan jayanya...

Mohon doa daripada semua..

-_-

Thursday, July 12, 2012

BAKSO Special

Alhamdulillah.. Finally arrived home..

Lepas nie praktikal selama 2 bulan..
Then, konvo! yeah!

Perkara yang palinggg tidak boleh dilupakan di Batu Pahat : BAKSO...
Harga murah, hanya RM 3.50 untuk yg biasa (5 bijik bebola)
Kalau yg special RM 5.00 (8 bijik bebola)

Kawan2 cakap lagi best dari bakso yang dekat depan hospital Melaka yg famous tue..
Bebola lagi besar, kuah lagi besttt...
Eventough kedai yg dekat Parit Raja nie hanya macam warung je..





Bebola dia muat satu sudu besar.. slurrrrppp!


* tetibe interframe makanan lak..huhu..
;)

Thursday, June 21, 2012

VIVA...

InsyaAllah, bakal viva pada 26 Jun 2012...

Paling last sekali...

Dont know what to say...

Rasa x yakin dengan diri sendiri...

Sv kata dah ok..tapi diri sendiri rasa x ok...

hmm...

Apepun, just do the best!

harini 22 jun, ade 4 hari lagi...
Hati berdebar2 macam nak present harini...
Moga dipermudahkan segalanya...amiiin..

p/s : Isnin lepas my supervisor tawarkan untuk jadi RA under dia, sambil buat Phd..

       Tetibe terperasan satu thesis Phd luar negara, boleh aplikasi dekat M'sia; which is related to my thesis..

       Apepun, habiskan viva dulu...zzzz

       Please pray for me! :(