Sunday, April 26, 2009

WARKAH BUAT HAWA...


HAWA ,

andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,

andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,

lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,

jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,

cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..


TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

Friday, April 24, 2009

Meniti Ujian dalam Kehidupan....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Firman Allah S.W.T. yang ertinya:

"Berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk."
(Al-Baqarah: 156-157)

Firman Allah S.W.T yang ertinya:

"Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kamu mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ehwal kamu."

(Muhammad: 31)

Sesungguhnya manusia tidak akan terlepas daripada menerima musibah setiap hari. Adakalanya musibah itu boleh jadi dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan.

Orang yang beriman akan melihat musibah yang menimpanya sebagai satu ujian Allah untuk membuktikan ketakwaannya kepada Allah. Mana mungkin seseorang itu mengaku dirinya beriman sedangkan dirinya belum diuji.

Bagi orang yang tidak mempunyai keyakinan kepada Allah pula, mereka sering mengeluh dan menangisi musibah yang menimpa dirinya.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sesungguhnya apabila kita bersabar, itu bermakna kita akan ditinggikan darjat oleh Allah SWT kerana keredhaan kita menerima segala ketentuan Allah.

Sesungguhnya, ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, apabila kita mendapat kesusahan di dunia, bertawakallah kepada Allah. Jangan ambil jalan mudah dengan berputus asa.

Lihatlah Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik bagi kita umat Islam. Pada saat Rasulullah ingin menyampaikan dakwah secara terbuka di bukit Safa', baginda mendapat hinaan dan cercaan daripada orang kafir Quraisy, tertutamanya bapa saudara baginda sendiri, Abu Lahab.

Namun akhirnya, dengan rahmat Allah, Rasulullah berjaya mengembangkan agama Allah sehingga dapat bertahan sampai hari akhirat.

Ingatlah Allah itu sungguh-sungguh Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap hambanya. Allah akan kasihan terhadap hambanya yang reda menerima segala musibah di dunia. Allah juga berjanji akan menyediakan taman-taman syurga buat hambanya yang bertakwa..

Kesusahan menguji ketabahan hati insan.....


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sayi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.(xpaham yg ni, ada sesapa leh explain?)
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

sumber http://www.raudhah. net/

Wednesday, April 15, 2009

AMANAH.....


Assalamualaikum kpd semua.....


Sudah sekian lama tidak mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog...Boleh dikatakan tersangat2 busy semasa melakukan Latihan Industri (Praktikal)... Namun begitu, begitu bnyk yg dipelajari...
Kekadang terasa begitu sukar bila menghadapi alam pekerjaan...

Menyebabkan diriku rasa nak sambung belajar...Termotivasi nak belajar betul2 supaya leh sambung belajar lagik...ambik master...PHD...dll..

Sewaktu menjalani LI di syrikat PPK technology,sebuah syrikat mengeluarkan controller traffic light dan lampu isyarat(aspects), terlalu bnyk pengajaran dan pendedahan diriku terhadap masyarakat sekeliling...

Supervisorku selalu bertanya kepadaku.."Ya, dah siap ke controller?Leh settle x esok?"..

Aku tersenyum shj...Kelu berkata2... sedangkan kerja tersebut baru je diberikan semalam...dan untuk settlekan sebuah controller memakan masa sekurg2nya 4 hari!

Wiring yang terlalu complicated menyebabkan kekadang rasa serabut dan pening kepala..Rasa nak termuntah...terpaksa merehatkan diri beberapa minit sebelum meneruskan 'perjuangan' menyiapkan controller...

Kekdg.. Supervisorku berkata kepadaku : "Ya, controller nie urgent...nk kne bawak p Terengganu mlm nie..." Hatiku mengeluh...Dalam hati berkata : " Nampaknyer terpakse laa aku Overtime arinie..." Namun aku cuma boleh tersenyum shj...huhu...

Pernah diriku diamanahkan untuk menyiapkan Banner sempena Maulidurrasul yang lepas.. Bertungkus lumus diriku mencari design yang sesuai dan cantik... Terpaksa push myself tuk siapkan sebelum Maulidurrasul although diriku tidak pernah membuat banner yang mempunyai tulisan khat yg berjenis-jenis...

Namun...Sentiasa mengingatkan diri bahawa..

Itulah AMANAH...

Daripada Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI: Persoalan keempat yang diajukan kepada murid-muridnya adalah :
"Apa yang paling berat di dunia ini?".


Ada yang menjawab batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

Namun... Aku bersyukur...Still diberi peluang membetulkan diri dengan nikmat umur yang panjang...

Banner yang dah siap dibuat br2nie...Ada judge yang puji banner nie cantik...tp mungkin 'sbb2 tertentu' kami x menang...huhu..papepon... usaha tangga kejayaan! Thankx buat kwn2 n staf2 yang sudi tlg kaler....

p/s : esok hari last LI...perlu bijak merancang masa hdpn!!! (",)