Monday, August 24, 2009

Pesanan bulan keberkatan...

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN.. APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA


Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal solEh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.

Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaiman a kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah- tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya. .mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'.. Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan. .inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah. .dan kalau ianya dekat mudahkanlah. .dan kalau ianya sedikit banyakkanlah. .dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah. .jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.

ABi..

Syukran yaa abi...

Monday, June 15, 2009

KALA JENGKING NERAKA


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Wallahua'lam

~~Peringatan Buat diri~~

Sunday, June 14, 2009

SIAPAKAH KITA??


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Saturday, June 13, 2009

MENGUMPAT....


Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

1. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;
2. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
3. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.



~~Pesanan buat diri~~

BERITA KEMATIAN DR FATHI YAKAN

Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Semua berita itu ditulis pada 3 dan 4 jam yg lepas (dr masa artikel ini ditulis pkl 6 pm waktu mesir). Beritanya adalah seperti berikut:


Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.


Berita penafian


Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah sejam dr masa artikel ini ditulis. Beritanya adalah seperti berikut:


Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.


Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.


Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.


Terbaru


Dalam ruangan perkembangan terkini di halaman al-jazeerah telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.


Terbaru 2 (updated)


Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.


sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):


بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.


Takziah ini kemungkinan setelah sampai berita kematian dan sebelum berita penafian dari pihak keluarga dan hospital.


Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


MOGA-MOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR DR FATHI YAKAN DAN TERUS DAPAT BERJUANG MEMBELA ISLAM

sumber : akhisalman.blogspot.com

Tuesday, June 2, 2009

TAKE YOUR TIME


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.


Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.


Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.


Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.


Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.


Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.


Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.


Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.


Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Wallahua'lam


Thursday, May 21, 2009

YAKINILAH...ANDA MAMPU MELAKUKANNYA...



Dulu,
Kau selalu menundukkan pandanganmu
Matamu sentiasa kau jaga dari memandang kepada yang haram
Apabila kawan kau menghidangkan gambar-gambar porno di internet
Kau istighfar dan kuatkan iman
malah kau tegur kawan mu itu
"Ingatlah sahabat, Allah Maha Melihat, takutlah kau pada ALlah."


TV ko tolak ke tepi,
Mc D's, dan KFC sanggup ko tak jamah
Nestle ko tak makan
Coca-cola jauh sekali
Kau support Palestine dengan memboikot barang-barang tersebut
Syabas ku ucapkan
Sedangkan dulu itulah makanan kegemaran kau

Dulu,
Telinga mu selalu kau dengarkan alunan Al-Quran
Nasheed yang cinta islami kau tak rela mendengarkan
Apa yang kau tahu there is no couple in Islam
Kau hanya menyanyi lagu yang memuji kepada Allah dan Rasul
Kau menghijab diri mu dari bergaul bebas dengan kenalan lelaki
Kau takut azab Allah itu amat pedih

Dulu,
Lidah mu sentiasa suci dengan kalamullah
Istighfar dan mathurat kau jadikan amalan
Target amal harian kau amat baik sekali
Seminggu sekali 3 ke 4 juz kau mampu habiskan

Dulu,
Kau rajin mengajak kawan mu solat berjemaah
Kau kuat menegur kawan mu dari bermaksiat kepada Allah
Kau takut nanti di akhirat kau dan kawan-kawan mu saling berbantah-bantah
Kerna kau tak mahu kawan mu itu menjadi penghalang untuk kau ke syurga
Kau tak jemu-jemu mengingatkan solat di awal waktu kepada temanmu
Marilah kawan, ikut aku...tinggalkan lah kenikmatan dunia yang fana ini,
kata mu pada dia sambil berlinangan air mata mu

Dulu,
Kau lah muslimah sejati, mukminah hakiki,
Syahid cita-cita mu
Dari memuja artis kau memuja Nabi
Dari membaca majalah hiburan kau membaca sejarah Islam
Dari menyanyi lagu Korea yang kau tak faham sepatah haram
Kau menyanyi nasheed Arab Thoyyibah
Dari Linkin Park kau minat ke The Zikr
Kau tinggalkan dunia IRC kau yang penuh kepura-puraan
Kau tinggalkan gath sana gath sini
Sedangkan di saat itu kau di ambang kemasyhuran
Semuanya kau lakukan demi redha Allah
Allahu Akbar! Nikmatnya kemanisan imaan

Kini,
Kau masih istiqomah dan tegar
Walaupun kau lihat kawan-kawan internet mu masih seperti dulu
Kau sedih, kau jejaki mereka...
Mereka masih dengan kelalaian
Mereka masih seperti dulu...
Ya Allah, selamatkan kawan-kawan ku
Bukankah mereka pernah suka dan duka bersama ku?
Apa peranan ku?
Membiarkan dan terus meninggalkan mereka tanpa berbuat sesuatu???

Kau bertanya pada diri mu apa kekuatan yang kau ada?
Apa tanggungjawab mu sebagai daieyah?
Bukankah amar makruf nahi mungkar tanggungjawab mu?
Kau perlu lakukan sesuatu...
Kau tidak mahu hanya kau saja yang memperolehi kebaikan
Kau mahu berkongsi dengan mereka
Kau menyayangi mereka seperti kau menyayangi akhawatmu

Biarlah nanti mereka memutuskan persahabatan dengan mu
Hanya kerana semata-mata kau menegur mereka
Kau tetap akan lakukannya walau seberat mana
Jangan berprasangka lagi!
Bukankah sebahagian prasangka itu dosa..

Yakinilah kau mampu melakukannya!!