Thursday, May 13, 2010

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~YA ALLAH,ku rindu padanya..moga persahabatan dan ukhwah kami berkekalan...aminn...


Tuesday, April 6, 2010

S.O.L.A.T


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

sama2 kita berusaha utk mendapatkan nya..


Saturday, March 27, 2010

PELIK TETAPI BENAR!!!!!!


Alangkah Peliknya Kita......

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.


Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Wednesday, March 17, 2010

Kenapa Hati Menjadi Keras ??

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu anhuma berkata : Rasulullah SAW bersabda :"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, maka sesungguhnya banyak percakapan selain daripada berzikir kepada Allah SWT itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT ialah mereka yang berhati keras". (Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

Antara sebab kerasnya hati ialah :

  • Berlebihan dalam berbicara
  • Melakukan kemaksiatan atau tidak menunaikan kewajipan
  • Terlalu banyak tertawa
  • Terlalu banyak makan
  • Banyak berbuat dosa
  • Berteman dengan orang-orang yang tidak tahu mengenai agama

Cara-cara agar hati menjadi lembut dan mudah menangis kerana Allah antaranya ialah :
  • Mengenal Allah melalui nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan-Nya
  • Membaca Al-Qur'an dan merenungi kandungan maknanya
  • Banyak berzikir kepada Allah
  • Memperbanyakan ketaatan
  • Mengingat kematian, menyaksikan orang yang sedang di ambang kematian atau melihat jenazah manusia
  • Mengambil makanan yang halal lagi baik
  • Menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat
  • Mengingati hari kiamat, sedikitnya amalan kita dan merasa takut kepada Allah
  • Mengambil pelajaran dari kejadian di dunia (seperti melihat api lalu teringat akan neraka)
  • Berdoa
  • Memaksa diri agar menangis di kala sendiri
Wallahua'lam...

Friday, February 5, 2010

Hepi birthday, my dear....


salam a'laik...

Buat my dear sis yg jauh diperantauan...

Hepi birthday!!!!

Miss u soooooooo much!!

Pesanan buat my dear

****BAlik Melaysia copat2 sikit...aku da dpt keje nanti, aku belanje mung dgn abe raven makan kat bagan lalang yg best bangat tue...huhuhu

*****Aku nk p london!! nk p london!! nk p london!! Kekgi tlg pujuk ma n pa p london sekali eh...kalo aku pujuk, x berkesan...kene ank kesayangan ma gak yg pujuk...hehe ;P

*****Doakan aku...belajar makin susah...final sem...final projek...then have to plan my own future...
(ma kate kalo xdop keje, die kate jadi batik designer kat kedai
tudung dpn umah pon ok...haha)

my sis wif the naked chef....

p/s : sume family ku (yg pompuan) lahir pada bulan february... ;)

Tuesday, December 22, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah...

Pada jam 3.41 pg, 22 december 09, bertambah lagi seorg anak sedareku..

dah menjadikan kesemuanye 5 org...

kpd Aiman, da x leh nakal2 lagik...

windu kat aiman...huhuhuhu

p/s : kidnapped gmbr dr blog kakakku... ;P


Sunday, December 13, 2009

HATI OH HATI............



Pesan pada diri...

Jangan tersalah memberi hati..
pada insan yg x sudi dan pd insan yg X MENGERTI...

Kerana...
sekali kau memberi, selamanya dia di HATI...

Kerana...
sekali kau dilukai...
sampai mati tetap kau ingati...

Pesan pada diri lagi...

berhati2lah memberi hati...
sebab ianya untuk insan yg tau menghargai.....

betapa TINGGINYA NILAI SEKEPING HATI....
~~Peringatan buat diri~~