Friday, September 4, 2009

SALAHKAH AKU MENCINTAINYA.....???



Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..

Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,
mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya
dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32 ”janganlah kalian mendekati zina.”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.

Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.......

Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?


Rasulullah bersabda:
”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.

Dipetik dari halaqah.net

No comments: